Sunday, June 8, 2008

JADUAL MINGGUAN YB AR HJ. ISMAIL B. OTHMAN (BKT)

9 JUN 2008 (ISNIN)

9.30pg
- Majlis Pecah Tanah Projek ‘Eye On Malaysia’ di Muara Sungai Melaka, bersempadan dengan tapak ‘Eye On Malacca’, Muara Sungai Melaka.

8.30mlm
- Jemputan ke Majlis Penutup SUKMA ke 12 Terengganu 2008 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin , Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu.


10 JUN 2008 (SELASA)

8.30mlm
- Mesyuarat Biro Agama & Dakwah bersama Semua Ketua Bahagian UMNO, Mengenai Program Ketuanan Melayu di Dewan Japerun.


11 JUN 2008 (RABU)
8.30pg
- Bertugas di Japerun Kuala Linggi


12 JUN 2008 (KHAMIS)

8.30pg
- Bertugas di Japerun Kuala Linggi

13 JUN 2008 (JUMAAT)


8.30pg
- Bertugas di Japerun Kuala Linggi

14 JUN 2008 (SABTU)

12.00tghari
- Menghadiri Majlis Perkahwinan bersama Isteri & Keluarga.


15 JUN 2008 (AHAD)

1.00tghari
- Pertandingan Golf anjuran UMNO Bukit Katil, di Ayer Keroh Country Golf.

Thursday, April 10, 2008

AKTIVITI YB ADUN..

Pada 4 April 2008, DUN Kuala Linggi telah menerima kunjungan TYT Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, untuk bersama - sama YB AR Hj Ismail B. Othman dan penduduk setempat untuk Solat Jumaat di Masjid Kg. Tengah, Kuala Sg. Baru, Melaka.

pic 1: TYT Yang DiPertua sedang beramah mesra bersama penduduk setempat





pic 2: TYT Yang DiPertua bersama Datuk Wira Abu Seman serta Yb AR Hj Ismail serta penduduk kampung sedang menikmati jamuan selepas solat Jumaat.


Monday, March 31, 2008

~~PROFILE YB ADUN~~

~~KEPUTUSAN PRU 12/2008~~

Ahli Dewan Undangan Negeri Bagi DUN N01 Kuala Linggi ialah YB AR. Hj Ismail B. Hj Othman, BKT.

Pada Pilihanraya Umum yang Ke 12 / 2008 yang lalu, Beliau telah mengalahkan calon PAS Ustaz Julasapiyyah B. Kassim.
- Jumlah Pemilih Berdaftar 8,933
- Majoriti kemenangan 1,977 dan
- Peratus pengundian bagi DUN ini ialah 79.54%.
- Jumlah Kertas Undi Yang Ditolak 137
- Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi 7,096
Dengan kemenangan ini beliau telah dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bagi Kawasan DUN Kuala Linggi.

~~PROFILE YB ADUN~~


YB Ar. Hj Ismail B. Hj Othman, dilahirkan pada 13 September 1955 di Melaka. Telah menerima pendidikan awal persekolahan beliau di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Kuala Linggi. Dan meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Ghaffar Baba, Masjid Tanah.

Seterusnya Beliau juga telah menyambung pengajiannya di peringkat Universiti iaitu di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Architecture (Diploma In Architure) Seterusnya menyambung pengajian, Advanced Diploma In Architecture di Universiti Teknologi MARA (UITM). Memulakan kerjaya sebagai arkitek di Gerak Reka Sdn Bhd, diKuala Lumpur pada tahun 1983 sehinggalah pada tahun 1989. Kemudian menyambung kerjaya di Associate Director of Ciptabina Tempatan, Chartered Architect Kuala Lumpur pada Jan 1990 sehinggalah pada Okt 1990. Setelah hampir 7 tahun pembabitan dalam bidang arkitek ini, pada Okt 1990 beliau telah membuka firma arkitek beliau yang tersendiri dengan nama Firma Arkitek Ismail Othman. Dimana beliau sendiri menjadi Pengarah Arkitek sehingga kini. Pada tahun 1993 pula beliau telah muka sebuah lagi firma arkitek iaitu Ikrabina Sdn Bhd dimana beliau menjadi Pengarah Arkitek di firma itu. Seterusnya pada tahun 2001 beliau sekali lagi meluaskan empayar perniagaan nya dengan tertubuhnya sebuah lagi firma iaitu ZA Dimensi, dimana di firma ini beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.
YB Ar. Hj Ismail B. Hj Othman hobi yang menarik iaitu beliau gemar berbasikal pada waktu lapang untuk kesihatan selain dari bermain golf bersama sahabat – sahabat beliau.

~~KELUARGA~~

Nama Isteri : Pn Juniwati bte Ahmad
Nama Anak - Anak :
1) Izreen Juliana Bte Hj Ismail
2) Iza Sharina Bte Hj Ismail
3) Mohd Izwan B. Hj Ismail
4) Nor Shahirah Bte Hj Ismail.

~~PENGLIBATAN DALAM POLITIK~~


~~PENGLIBATAN DALAM POLITIK~~


Dalam Bidang Politik pula, YB AR Hj Ismail, telah mula bergiat dalam UMNO Cawangan Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, Melaka pada tahun 1996. Jawatan pertama yang disandang oleh beliau ialah sebagai Timbalan Ketua Cawangan Kampung Permatang pada tahun1996. Seterusnya pada tahun 1999 beliau telah dilantik menjadi Ketua Cawangan Kampung Permatang dan sehingga kini beliau masih menjadi Ketua Cawangan Kampung Permatang.

Seterusnya Beliau telah dilantik menjadi Ahli JawatanKuasa Bahagian Masjid Tanah pada tahun 2004 sehingga kini. Seterusnya Beliau juga memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi di Biro Latihan UMNO Bahagian Masjid Tanah daripada tahun 2004 sehingga kini.

Selain bergiat aktif dalam politik, YB Ar. Hj Ismail B. Hj Othman ini juga aktif dalam bidang pendidikan. Dimana beliau telah di lantik menjadi Pengerusi bagi Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Rahmat, Kuala Sungai Baru, Melaka dan Pengerusi Bagi Persatuan PIBG bagi Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Melaka. Selain itu, Beliau juga menjadi bapa angkat kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru, Serta Sekolah Kebangsaan Othman Syawal, Kuala Sungai Baru.

~~VISI & MISI~~

~~VISI & MISI~~


Bersama Mencipta Sejarah Melaka Maju 2010 adalah satu slogan keramat bagi semua Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka ini. Begitu juga dengan YB AR Hj Ismail B. Othman, Beliau telah memilih manifesto / slogan, Tradisi Membela Rakyat, beliau akan mempastikan setiap janji beliau akan dikotakan. Beliau juga mempunyai Visi dan Misi yang akan lancarkan dan akan laksanakan di DUN Kuala Linggi ini.

Visi dan Misi beliau ialah beliau ingin membangunkan kawasan DUN ini dari segi kemajuan pelancongan dan mengusahakan tanah – tanah terbiar di DUN ini.

Beliau sangat – sangat menggalakkan pembuatan kuih muih tradisional serta industri pembuatan kraftangan tradional atau menggunakan bahan terpakai,atau bahan semulajadi seperti ‘bunga ros dari pokok getah’ atau dari tempurung kelapa, secara besar besaran oleh Suri Rumah atau Ibu Tunggal yang berkebolehan dalam penghasilan perusahaan ini. Antara produk lain bagi kraftangan, pengusaha juga boleh menghasilkan produk kraftangan untuk kegunaan majlis majlis perkahwinan atau majlis keramaian. Beliau juga berpendapat bahawa Pengusaha – pengusaha ini perlu meningkatkan produktiviti dalam pembuatan kuih muih serta kraftangan ini kerana, ini juga salah satu langkah terbaik bagi mempromosikan DUN Kuala Linggi sekaligus menaikkan nama Negeri Melaka.

Selain itu, beliau juga ingin membangunkan kawasan industri kecil atau komuniti servis. Sebagai contoh, beliau ingin membina satu kawasan penempatan atau kawasan industri kecil yang berasingan bagi setiap industri. Contohnya sebuah kawasan industri dibina khas untuk meletak semua bengkel – bengkel kereta / motor. Ini bertujuan bagi mengelakkan kawasan lain daripada bunyi bising atau kotor. Seterusnya kawasan industri berkelompok untuk pengusaha – pengusaha.

Bagi menjana ekonomi penduduk kawasan menjadi yang lebih baik, beliau juga mencadangkan agar penduduk yang mempunyai tanah atau tanah yang terbiar untuk diusahakan menjadi Projek Pertanian. Ini kerana Bidang Pertanian juga merupakan salah satu perusahaan atau industri yang menguntungkan penduduk. Antara Produk atau tanaman yang boleh diusahakan ialah, tanaman pisang secara komersil, tanaman mangga delite ‘Melaka’ atau tanaman pokok kelapa atau Tanaman komersil Tebu. Selain itu, beliau juga akan cuba membantu penduduk yang berminat untuk menjalankan Projek Pertanian dari segi untuk mendapatkan pinjaman dari pihak pertanian, kerajaan negeri atau bank. Beliau juga sangat sangat berharap agar penduduk dapat mengusahakan tanah mereka atau menyewakan kepada mereka yang berminat untuk mengusahakan tanah tersebut. Antara lain, beliau juga berharap agar bidang ini berjaya dan dapat dilaksanakan secepat mungkin oleh penduduk setempat.






~~AKTIVITI ~~
pic 01: YB AR Hj Ismail B. Othman bersama Datuk Wira Abu Seman melawat 'Barong Panas'.








~~ PENDIDIKAN~~

~~PENDIDIKAN~~


YB AR Hj Ismail B. Othman juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan program dalam bidang pendidikan. Beliau amat mementingkan pendidikan kepada setiap penduduk kawasan beliau. Selain menjadi Pengerusi PIBG di 2 buah sekolah di dalam Kawasan Dun Kuala Linggi, beliau juga aktif dalam menganjurkan program ceramah untuk pelajar sekolah rendah yang akan mengambil peperiksaan UPSR. Sudah 2 tahun berturut – turut beliau telah menganjur Program Motivasi DIDIK di Dun Kuala Linggi. Begitu juga dengan tahun ini, beliau akan menganjurkan Program Motivasi DIDIK, iaitu program teknik menjawab soalan kepada pelajar – pelajar UPSR pada pertengahan bulan Jun 2008.

Antara lain, beliau juga berhasrat untuk menganjurkan Ceramah Agama di Kampung Permatang pada setiap 2 bulan sekali. Pada peringkat awal ini, pada 26 April ini, beliau akan menjemput penceramah untuk Majlis Ceramah Agama ini.
Dengan kata lain, Majlis seperti ini seharusnya menjadi agenda dalam setiap komuniti bagi meningkatkan kesedaran setiap insan.




Sunday, March 30, 2008

Melaka, Negeri Bersejarah...

Pilihanraya PRU ke 12, telah pun berlangsung dengan jayanya. Semua Negeri telah pun melantik Ketua Menteri atau Menteri Besar. Bagi Negeri Melaka yang bersejarah ini, Melaka ditadbir Oleh YAB Datuk Seri Hj.Mohd Ali B. Rustam, Seorang pemimpin yang berkaliber, bertanggungjawab serta sentiasa membantu rakyat negeri ini serta sentiasa mempunyai idea baru bagi memajukan Negeri Melaka ini.

Selain itu, Melaka mempunyai 6 Bahagian serta 28 DUN keseluruhannya. Salah satu bahagian yang terdapat di Negeri Melaka ialah P134 Masjid Tanah, dimana Parlimen Masjid Tanah ini mempunyai 5 DUN Keseluruhannya.

Parlimen Masjid Tanah P134 ditadbir Oleh YB Datuk Wira Abu Seman B. Yusop. Dimana Dewan Undangan Negeri bagi keseluruhan Masjid Tanah ialah seperti berikut :

N01 DUN Kuala Linggi :

YB AR. Hj Ismail B. Othman.


N02 DUN Tanjung Bidara :

YB Datuk Kapt. (B) Hj. Ab Karim B. Sulaiman.


N03 DUN Ayer Limau :

YB Hj. Amiruddin b. Yusuf.


N04 DUN Lendu :

YB Datuk Hj. Idderis B. Kassim.


N05 DUN Taboh Naning :

YB Pn. Latipah Omar.