Monday, March 31, 2008

~~VISI & MISI~~

~~VISI & MISI~~


Bersama Mencipta Sejarah Melaka Maju 2010 adalah satu slogan keramat bagi semua Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka ini. Begitu juga dengan YB AR Hj Ismail B. Othman, Beliau telah memilih manifesto / slogan, Tradisi Membela Rakyat, beliau akan mempastikan setiap janji beliau akan dikotakan. Beliau juga mempunyai Visi dan Misi yang akan lancarkan dan akan laksanakan di DUN Kuala Linggi ini.

Visi dan Misi beliau ialah beliau ingin membangunkan kawasan DUN ini dari segi kemajuan pelancongan dan mengusahakan tanah – tanah terbiar di DUN ini.

Beliau sangat – sangat menggalakkan pembuatan kuih muih tradisional serta industri pembuatan kraftangan tradional atau menggunakan bahan terpakai,atau bahan semulajadi seperti ‘bunga ros dari pokok getah’ atau dari tempurung kelapa, secara besar besaran oleh Suri Rumah atau Ibu Tunggal yang berkebolehan dalam penghasilan perusahaan ini. Antara produk lain bagi kraftangan, pengusaha juga boleh menghasilkan produk kraftangan untuk kegunaan majlis majlis perkahwinan atau majlis keramaian. Beliau juga berpendapat bahawa Pengusaha – pengusaha ini perlu meningkatkan produktiviti dalam pembuatan kuih muih serta kraftangan ini kerana, ini juga salah satu langkah terbaik bagi mempromosikan DUN Kuala Linggi sekaligus menaikkan nama Negeri Melaka.

Selain itu, beliau juga ingin membangunkan kawasan industri kecil atau komuniti servis. Sebagai contoh, beliau ingin membina satu kawasan penempatan atau kawasan industri kecil yang berasingan bagi setiap industri. Contohnya sebuah kawasan industri dibina khas untuk meletak semua bengkel – bengkel kereta / motor. Ini bertujuan bagi mengelakkan kawasan lain daripada bunyi bising atau kotor. Seterusnya kawasan industri berkelompok untuk pengusaha – pengusaha.

Bagi menjana ekonomi penduduk kawasan menjadi yang lebih baik, beliau juga mencadangkan agar penduduk yang mempunyai tanah atau tanah yang terbiar untuk diusahakan menjadi Projek Pertanian. Ini kerana Bidang Pertanian juga merupakan salah satu perusahaan atau industri yang menguntungkan penduduk. Antara Produk atau tanaman yang boleh diusahakan ialah, tanaman pisang secara komersil, tanaman mangga delite ‘Melaka’ atau tanaman pokok kelapa atau Tanaman komersil Tebu. Selain itu, beliau juga akan cuba membantu penduduk yang berminat untuk menjalankan Projek Pertanian dari segi untuk mendapatkan pinjaman dari pihak pertanian, kerajaan negeri atau bank. Beliau juga sangat sangat berharap agar penduduk dapat mengusahakan tanah mereka atau menyewakan kepada mereka yang berminat untuk mengusahakan tanah tersebut. Antara lain, beliau juga berharap agar bidang ini berjaya dan dapat dilaksanakan secepat mungkin oleh penduduk setempat.






~~AKTIVITI ~~
pic 01: YB AR Hj Ismail B. Othman bersama Datuk Wira Abu Seman melawat 'Barong Panas'.